CAUSE I AM BOTH, LEFT AND RIGHT BRAIN

October 25, 2011

goodbye karisma :)

hihi so hi there :) apa khabar semua ? saya baru pulang dari johor dua hari yang lepas , fuhh perjalanan yang sangat lama tapi sangat menggembirakan :D setelah seminggu latihan pusat di perak , dan seminggu game dekat  johor , maka terhasillah anak melayu yang dah rupa tak macam melayu . dah nama pun bersukan kan , bukan kau pegi buat facial ke apa haha . act terlalu banyak yang untuk di ceritakan , kalau boleh nak rakam suara and post je kat entry ni biar korang korang dengar . tak payah la dok penat penat nak baca satu satu kan hehe

btw , pengalaman ke karisma seriously best dan tak menghampakan . yang paling utama , of course korang akan rapat dengan teammates korang sama ada lelaki dan perempuan dan dapat ramai kawan :D *macam buat karangan kebaikan aktif bersukan pulakkan haha , okay then part yang paling best dapat jumpa kawan kawan lama , antara mereka yang di jumpai ialah afidah , pipo , acap ali , faiz uaz , akak fahana . yang paling selalu ter jumpa acap ali . pegi mana mesti ada muka dia haha .

waktu paling best bila budak dari uitm korang ada game , tak kisah la basketball ke , bola tampar ke , takraw ke , silat ke ,taek won do ke ape ape jelah . kitorang mesti pegi sokong habis habis la PERAK ! PERAK ! PERAK ! em mcm tu la lebih kurang haha , haduhhh , xsangka dan tak pernah terfikir yang aku akan mewakili perak haha . waktu yang aku suka dalam seminggu ni bila time tak de game , contohnya waktu malam . ada karnival and booth booth jual makanan air gambar buat button baju kasut n paling tak tahan time petandingan karaoke , haduuhhh time dah final tu tak kisah sangat suara sedap sedap , time saringan tu ya Allah , nak je aku pengsan kat situ jugak haha 

malam before game last lelaki , acik bas bawak kitorang budak basketball makan dekat restoran besar mana ntah kat segamat tu , yang pasti ada perkataan juara . wuhuuu sedap ah dia punya otak otak , nak pegang pun panas , thanks coach belanja kitorang :D n n banyak lah lagi ceritanya .... hihi

kalau bab bergambar memang aku no 1 , n kalau bab bab gambar lompat , aku lah pemenang nya ,, see see siapa lompat paling tinggi ? :P


oh ya , yang gambar bawah ni time perak lawan johor . time ni aku dapat 2 freethrow haha yang first punya tak masuk , tapi tapi alhamdulillah yang second ni masokkkkkkk :D tepuk tangan cepat hahaha

teammates , CYCLONE ! :D
teammates perempuan terdiri drpd part 1 ada , part 3 ada yg dah part 5 pon ada . even part lain lain , tapi seriously , diorang semua gempak , kalau malam malam bising gelak gelak tu , tak payah nak cari orang lain , sure sure tu budak basket hahaha , paling tak tahan bila ramai ramai tengok gambar , mula la nak bahan masing masing haha , then senior senior , diorang tak abaikan kitorang langsung , apa apa mesti ajak kitorang semua , seriously , sayang diorang sangat . to kak ain , thanks for the tshirts , comel sgt t shirt tu :)

perasmian karisma

about the foods , okay kitorang kena cari makan sendiri since dah dapat elaun dari pihak uitm kan , nasib dekat uitm segamat ni banyak tempat makan , ada tempat makan ber aircond lagi , kelass you , uitm aku pun xda tempat makan aircond ni . makanan dia pon not bad , tengok tempat jugak , ada yang sedap and ada yang biasa biasa je hehe 

the most important person for us , the coach . yang kanan tu coach lelaki and yang kiri tu coach kitorang , die perempuan tau hehe , coach kitorang memang superb habis la , serious dia ajar memang bagus n best , tapi bila dalam court garang wooo . dua dua orang ni sangat otai kot . selalu kasi semangat dan cuba yang terbaik untuk ajar kitorang semua :)

the guys , seriously , team lelaki dan perempuan macam langit dan bumi , diorang memang hebat sangat since diorang pun ada main untuk kelab2 sendiri dekat luar macam titans or apa ntah aku pun tak paham sangat , apa apa pun diorang sangat bagus dan hebat . and yes , diorang tak sombong dengan kitorang , kalau kitorang ada tak reti diorang terus ajar semua . baik and gentle kan ? :) and kalau time tu diorang yang tengah ada game , diorang yang suruh kitorang datang awal untuk support haha .

oh yes , this is ammar , orang first yg aku dan nad jumpa time mula mula nak join basketball , seram weh , yela senior kan . dia la yang terang karisma ni apa , semangat untuk turun training , try and macam macam lah . kalau aku dengan nad tak reti ke apa , dia datang and ajar cara yang betul n many more , serious baik sangat thanks :) next sem dah tak ada lagi kot dia ni :(

so , tamat lah karisma untuk sem ini ...
 the end :)

majulah sukan untuk negara :P
.

No comments: