ANIS SAADI

December 27, 2013

Suatu malam yang bosan

Bosan. Sebab apa. Sebab bosan lah haha k tak lawak. Alhamdulillah tadi terasa rajin nak buat quiz yang sir kacak baru dapat babygirl tu bagi dekat i-learn. Secara tiba-tiba, telefon bimbit ku berdering kring kring kring kring k tipu hahaha! Tiba tiba ada khidmat pesanan ringkas masuk, dari kecik iaitu classmate gua a.k.a orang terpaling rapat dalam kelas. 

'Anis meh kecik tolong buatkan'

Aaaaaaaaa tanpa sebarang keraguan, Sang Anih pun menerima pelawaan itu dengan hati yang penuh terbuka separuh. Kalau terbuka penuh kang nampak beno pomaleh eh tu haha. Lantas perasaan rajin tadi telah terkubur dengan amannya. Hmm bertambah bosan jadinya :(

Sang raksasa megi pergi mana ntah. Minum minum riang ria bersama rakan rakan rasanya. Haha. Bio le die dengan member member die. Asalkan dia happy kan kan. hehe :)

Dulu kan, masa kecik kecik kan, cita cita korang apa eh. Dulu la, dulu seingat aku time tu darjah satu. Cita cita aku nak jadi doktor. Sebab apa, sebab semua orang nak jadi doktor, So aku rasa cam best je cam best je. Aku pun tulislah dalam buku biodata yang kengkawan rajin buat tu doktor. Kalau cikgu tanya pun nak jadi doktor. Padahal bukan paham sangat pun haha. Naik darjah dua, aku dah tak bodoh macam time darjah satu dulu. Cita cita up sikit nak jadi engineer. Kemain nak jadi engineer padahal engineer tu ape pun aku tak tau hahaha. Dulu aku ingat engineer ni macam hias hias rumah cenggitu.So tu yang macam berminat ceh konon. Dasyat gila kan darjah dua dah nak hias hias rumah -..- 

So aku simpan la cita cita tu sampai tingkatan 1. Naik tingkatan 2 sampai 3, cita cita aku nak jadi pensyarah. Celah lubuk mana ntah datang nak jadi pensyarah ntah haha. Time tu rasa nak jadi cikgu or pensyarah sebab rasa aaa bestnya ada anak anak murid yang sayang kat kita. Time tu mula ah berangan tengah mengajar dalam kelas la apela hahaha. K bosan sangat kan cerita cita cita aku ni. Dah malas sebenarnya nak tulis sebab diri sendiri pun dah malas nak taip ni. hahaha. okay gelak pun dah tak ikhlas ni. Nak di pendekkan cerita start form 4-5 nak jadi akauntan. Sebab nye sebab minat gila math hehe. Time tu ingat akauntan senang sangat ke kejenya. haha dah masuk u, haa hamikk. Baru tau susah senangnya akaun ni. 

Cerita yang paling sedih, bila dah besar ni, tak tahu sebenarnya cita cita nak jadi apa. Atau adakah ia layak di panggil cita cita atau pekerjaan yang kita mahu? Tapi bak kata orang, kalau tak ada cita-cita kita tak akan ada hala tuju. Senang cerita, kalau kau ade main point, kau akan berusaha ke arah tu. Failed ke ape, cgpa rendah ke apa, kalau kau nak benda tu, kau usaha, in sha Allah, Allah akan balas kejayaan untuk kau. In sha Allah aminnnn. Buat masa ni, berharap sangat dapat jadi akauntan :( amin amin amin Ya Rabbal 'Alaminn :')

No comments: