ANIS SAADI

November 7, 2011

thanks Allah , alhamdulillah


alhamdulillah , aku memanjat setinggi tinggi kesyukuran kepada-Mu ya Allah dia atas kurniaan mu ini . Engkau lah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah . Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana Engkau memakbulkan segala doa ku , kedua ibu bapa ku , kaum kerabat ku , guru-guru ku , pensyarah-pensyarah ku , dan rakan rakan ku . Semoga aku dapat meneruskan kejayaan ini sehingga tamat belajar . Kuatkan lah hati hamba-Mu ini ya Allah . Amin ya rabbal 'alamin .

 thanks to nurul azira @ ira , which is my best partner . without her , i will be suffer and dying in middle of accounting class . aku masih ingat lagi saat bila aku masuk kelas pertama akaun . hampir semua daripada rakan sekelasku mempunyai asas akaun ketika di sekolah menengah dahulu . berapa ketul sahaja manusia yang bernasib malang seperti aku yang tak ada asas akaun . kasihan bukan ? kami kami yang bernasib malang ini sering terkapai kapai di dalam arus pelajaran akaun . bila pensyarah tanya soalan , kitorang yang malang ni mesti tak akan jawab dan akan pandang sesama sendiri , lepastu gelak gelak dan buat muka seposen haha . paling lawak sekali bila pensyarah pulangkan kertas kuiz dan test akaun , kami kami yang malang ni mesti akan pergi ke sesama sendiri then tengok markah  , then gelak gelak hahahaha . kenapa gelak gelak , sebab markah kitorang rendah dan mesti tak akan hebat macam budak budak yg ada asas . haha

kelas akaun pertama dan keduaku tidak mungkin akan ku lupakan . aku tidak faham walau apa pun yang diajar oleh pensyarah . sumpah aku tak faham langsung ! aku rasa sangat tertekan pada waktu itu . saat dan ketika itu , aku mulai rasa sedih dan tertanya tanya adakah betul jalan yang aku pilih ini ? pada waktu malam sebelum tidur , hampir setiap hari aku menangis . bukan menangis kerana homesick , tetapi kerana ,, aku buntu . lalu aku menghantar pesanan khhidmat ringkas kepada mama ku , aku mengadu 'maa kawan kawan anis semua ada basic akaun,tapi anis xde pun , bila lcturer tanya , diorang semua reti jawab :'( ' . lalu aku mulalah di beri nasihat yang berguni guni sampai tak tahu hendak simpan di mana :p dan mulai saat itu aku mula mengorak langkah sedikit demi sedikit . 

oh ya , tentang ira . dari hari pertama kelas akaun sehinggalah saat akhir malam sebelum exam akaun , dia lah guru tetap ku . ira ajar memang sangat faham dan dia memang mahir dalam akaun . aku kagum dengan kebolehannya itu . kadang kadang aku rasa , dia pasti tertekan sebab aku selalu bertanyakan soalan kepadanya , minta maaf ye ira hihi . dan aku juga malu dengan dia . bila pensyarah beri latihan kena bukak akaun untuk sesebuah syarikat , mesti aku lah yang paling lambat siap . sebenarnya bukan malu dengan ira je , malu dengan rakan sekelas yang lain juga . sebab masa aku masih lagi terkedek kedek buat akaun , diorang dah boleh lepak lepak makan biskut semua . ahhh tension tahu . kemudian , aku mengalihkan pandangan ku ke arah rakan rakan ku yang senasib dengan ku . yesss ! diorang pon tak siap lagi , ada geng ! hahaha baru lah bersemangat nak sambung kerja balik :P di pendekkan cerita , semakin hari semakin baik , alhamdulillah :)

oh ya , jadi tiada apa yang mustahil selagi ada keyakinan,usaha dan tawakal . and untuk pengetahuan , rakan rakan yang malang bersama saya dalam kelas tu , ada dua orang yang aku rapat , rapat sebab takda asas akaun dan sering terkapai kapai bersama haha , sorang nama ainin sofea , lagi seorang nama hanis dalila . guess what ? pointer final exam hari tu diorang dapat 3.93 !!! hebat sungguhhhh !! serious tabik hormat lah dengan geng lambat siap latihan aku ni . mereka mereka yang ada asas akaun pun tak dapat macam tu . congrates lah anda berdua :) tetapi , memang berbaloi pointer tu dengan usaha diorang

selagi ada usaha , pasti ada kejayaan :)
assalamualaikum


"sem 2 dan ke atas sangat susah dari sem 1" - senior 
so i should work harder ,  fighting !





No comments: