ANIS SAADI

November 3, 2011

time flies so freaking fast

assalamualaikum .
first of all well ,
ya ya ya , sekarang dah masuk bulan november dan hanya tinggal dua bulan sahaja untuk tahun 2011 ini . sangat pantas bukan masa berlalu . rasa macam baru saja masuk universiti , ahh aku ingat lagi sangat berdebar nya masa mula mula nak masuk kelas pertama sebagai student universiti , hati aku asyik berdentum dentam tertanya tanya , lain kah cara pembelajarannya dengan sekolah dahulu , apa rasanya belajar dengan pensyarah , ada beza ke pensyarah dengan guru , betul kah kena cari bahan belajar sendiri , apa yang seronok nya jadi student universiti berbanding sekolah ????? ahh apakah , benarkah , betulkah ??!!! .dan  rasa macam baru saja nak kenal kawan kawan padahal dah habis pun semester 1. 'rasa macam' ? ahh ayat lapuk... tak payah nak rasa sangat la kan , kau memang dah rasa pun . kau dah berjaya mengharungi kehidupan sebagai perempuan berumur 18 tahun dengan jayanya di universiti , mungkin lah .

pada mulanya , aku masih tidak puas hati dengan ayat 'besttt jadi student U' . hemm best ? apa yang best nya ? tengkorak die besttt . sama jugak kena pergi kelas , kalau ponteng dua kali nanti kena bar dari exam . makan kena guna duit sendiri . apa kau ingat ni asrama ke ada acik acik dm nak masakkan haha . aku masih tak puas hati sampai lah satu masa di mana aku rasa , cool weh jadi student U ! tak payah pakai uniform sekolah , tak payah bangun awal awal buta untuk bersiap , paling penting tak ada perhimpunan pagi , huhhhh demmit , perhimpunan lah yang paling amat sangat tidak di sukai suatu ketika dahulu di bangku persekolahan . sekolah rendah ke sekolah menengah ke , sama saja , kalau sekolah rendah , datang lambat kena berdiri di hadapan . di sebabkan ada pengalaman lah aku tak suka . kalau sekolah menengah pun sama ! demmit , rasa macam sesak nafas sangat bila nak kena pergi perhimpunan . tambah tambah lagi bila ada pemimpin pelajar dok memekak memanggil manggil suruh turun ke tapak perhimpunan . apa dia ingat kami semua ni pekak kah ? apa dia ingat dia seorang faham bahasa melayu , kecoh aa lu pemimpin pelajar ! tahu tak kerja sekolah aku tak siap lagi dan nak kena hantar pagi ni ! okay sebab tu lah aku benci perhimpunan . emm dasyat jugak eh ketidaksukaan aku pada perhimpunan ni . mesti ini apa yang pelajar pelajar lain rasa bila aku yang bertugas untuk jadi MC perhimpunan . tapi rasa nya diorang tak kisah sangat kot , sebab suara aku lunak dan merdu , kbai hahaha . 

setelah habis sem satu , maka bermulalah percutian yang tak berapa nak bercuti . aku mengikuti satu program yang di anjurkan oleh pihak UiTM .program itu boleh lah anda baca sendiri di entry yang lepas lepas . dan sekarang bermulalah percutian sebenar yang di idam idam kan selama ini . ahhh sesampai sahaja aku di rumah , aku rasa macam ... aku rasa macamm .... rasa macammm..... ahhhh nak tahu jugak ke ? aku rasa happy sangat sangat ! k tu je haha . rasa macam bosan pulak hari hari bangun makan online tidur . tiba tiba , aku terasa seperti hendak memahirkan kemahiran aku dalam bidang menjahit . bukan apa , aku sedar aku ni cepat pelupa orang nya . takut lupa apa yang cikgu ajar dulu . jadi , cuti ini aku sangat sibuk untuk menjahit empat pasang baju kalau sempat , ulang balik kalau sempat , haa lagi satu kalau rajin . nak menjahit sehelai pun macam nak mati tahu , k k k tak adalah sampai mati kan , aku tahu aku suka hiperbola apabila berbicara .

dalam empat empat ni , aku paling suka yang ini . omel omel je corak dia tahu . kepada tiga kain yang lain tu , jangan lah sedih okay , saya tahu awak semua pun lawa jugak , tapi tapi , saya lagi suka yang ini . maaf kan saya , maaf okay . lepas saya dah date dengan kain yang ni , saya date dengan awak awak yang lain pula . promise :) okayyy , hentikan hentikan ! hentikan drama yang tak best langsung ni ! menjahit menjahit juga , tapi hari ni hari khamis dan esok sudah tentu adalah hari jumaat bukan ? tapi kenapa bukan hari sabtu ? hari yang dianggap hari kemenangan oleh adik aku sebab diorag tidak perlu ke sekolah. alangkah bagusnya kalau hidup ini kita boleh cepatkan dan patah balik . kalau dalam bahasa omputeh , foward and rewind . esok keputusan semester 1 saya akan keluar . dar situlah hendak tengok bahawa saya belajar bersungguh sungguh atau tidak sepanjang semester ini . aduhhh , perut sakit , rama rama dalam perut . haa rama rama pun rama rama lah , ni la yang lagi satu yang aku tak puas hati dan ingin di bahaskan sekarang jugak . kenapa dengan rama rama dalam perut tu , sejujurnya aku tak faham apa rasanya rama rama dalam perut tu , ya ya ya aku paham maksud ayat tu , maksudnya macam cuak , takut , nervous or whatsoever kan . tapi tapi , ishhh korang faham kan apa yang aku nak cakap sebenarnya , kannn . alah please faham . malas nak terangkan lagi 

haa , kalau tuan punya badan ni cakap rama rama dalam perut , aku boleh percaya . tapi kalau korang korang yang tak pernah tu , jangan lah mengada ngada nak kata macam tu . korang tak pernah rasa , jadi macam mana tahu rasanya ? kann ? hahahahahahahaha 

jadi , semoga keputusan peperiksaan yang akan di paparkan live melalui screen laptop ini bakal menggembirakan hati semua pihak . amiiiin , begitu juga untuk rakan rakan yang lain :)

 sekian , assalamualaikum 

*new face for my blog huh ? hehe , fyi , space for comment didnt exist in this blog , so if ada apa apa yang tak puas hati and nak cari gaduh , comment dekat shoutmix sebelah kiri ini okay ? :) n ya , older post pon tak ada  . entry yang lama lama pun ada di sebelah kiri ni , picit la mana suka , januari ke apa . okay then , goodbye n tc <3
.

No comments: